PERSETUJUAN


Halaman ini membahas tentang Persetujuan Pemesanan, termasuk didalamnya Ketentuan JAMINAN dan Pengembalian Produk Yang ROSAK. Demi kebaikan bersama dan untuk menghindari kesalahfahaman di kemudian hari, sebelum Anda memesan produk atau perkhidmatan dari Blog IBU DUIT KERAMAT INDUK WANG KEKAYAAN ANUGERAH AGUNG ini, silakan Anda membaca poin-poin persetujuan yang berlaku di Blog ini.

PERSETUJUAN PEMESANAN PROGRAM/PRODUK
Kami sebagai penyedia produk dan perkhidmatan Produk IBU DUIT KERAMAT INDUK WANG KEKAYAAN ANUGERAH AGUNG ini adalah pihak yang menawarkan produk dan konsultan spiritual kepada para pengunjung Blog ini. Yang dimaksud produk spiritual adalah barang yang memiliki fungsi berkaitan dengan hal-hal non fizik. Contoh produk spiritual misalnya Wangian yang di-isi kekuatan ghaib melalui ritual tertentu sehingga bermanfaat untuk membantu sebagai ikhtiar dalam solusi percintaan, solusi masalah, keberuntungan, kerezekian, perlindungan, kekuatan psikologi, pembersihan spiritual dan manfaat lainnya.

Anda memesan produk atau service dari blog ini atas dasar keperluan atau kesenangan peribadi Anda, bukan atas paksaan siapapun. Kami sebagai penyedia produk dan perkhidmatan ini hanya memberikan informasi tentang produk dan perkhidmatan yang kami adakan, keputusan untuk memesan ada di tangan Anda sepenuhnya.

Perbelanjaan terhadap produk / perkhidmatan spiritual di blog ini boleh disebut sebagai  yuran, investasi, mahar,fidyah mas kahwin, harga, modal atau istilah lainnya. Semua istilah tersebut merujuk pada sejumlah wang yang Anda bayarkan untuk mendapatkan produk / perkhidmatan spiritual dari blog ini.

Wang yang Anda bayarkan adalah sekadar untuk mengganti perbelanjaan konsultasi kami dan untuk mengganti kos pembuatan produk/ perkhidmatan spiritual, bukan untuk membeli manfaat spiritual yang tidak terlihat mata. Apabila masih ada dalam fikiran untuk membeli, maka yang Anda beli sesungguhnya adalah wujud fizik produk spiritual kami, bukan manfaat metafiziknya.

Kerana urusan spiritual dan metafizik tidak dapat diukur secara fizik, maka hal-hal spiritual atau metafizik tidak boleh diperjualbelikan. Kami tidak melakukan jual-beli terhadap manfaat metafizik yang berkaitan dengan produk yang kami jelaskan di Blog ini. Ketika Anda mendapatkannya dari kami, maka yang Anda maharkan adalah bentuk fizik produknya, sedangkan manfaat metafizik dianggap bonus atau kesan sampingan positif dari memiliki produk yang Anda beli.

Ketika Anda memutuskan untuk memesan produk atau perkhidmatan kami, maka serahkanlah wang dengan suka rela kerana Anda menghargai karya dan usaha orang lain. Perasaan suka rela sangat penting agar Anda boleh merasakan manfaat metafizik secara maksimum. Suka rela yang kami maksud adalah Anda memberikannya tanpa ada beban atau paksaan dari pihak manapun.

Pemesanan produk dan perkhidmatan spiritual tidak boleh dibatalkan selama kami telah memenuhi kewajipan kami iaitu mengirim produk atau pakej perkhidmatan/produk sebagaimana kami jelaskan di blog ini. Kami tidak dapat mengembalikan wang yang sudah Anda bayarkan atas alasan apapun selama kami sudah memenuhi kewajipan kami.

Semua produk dan perkhidmatan spiritual kami boleh untuk semua orang tanpa terkecuali. Boleh untuk semua lelaki dan wanita apapun agamanya. Kami menjamin bahawa tidak ada peraturan khusus, ataupun kesan sampingan merugikan berkaitan dengan produk atau perkhidmatan kami.

Meskipun boleh untuk semua orang, namun kode etik-nya adalah produk dan perkhidmatan spiritual kami hanya boleh digunakan untuk tujuan kebaikan. Pertimbangan kebaikan adalah tidak merugikan diri sendiri, tidak merugikan orang lain dan tidak merugikan alam. Apabila disalahgunakan secara sengaja maka biasanya akan terjadi kesialan dalam hidup Anda. Kesialan itu adalah peringatan yang diberikan Tuhan Yang Maha Pengasih agar Anda kembali ke jalan yang benar. Dan setelah Anda sedar dan memperbaiki kesalahan Anda, semuanya akan kembali baik.

Menurut pengalaman kami selama memberikan produk dan perkhidmatan spiritual, dari laporan para klien kami, tingkat keberhasilannya adalah 99%. Ini merupakan angka keberhasilan yang sangat tinggi dalam praktikal metafizik. Bagi Anda yang berfikiran positif, maka pastinya Anda tahu bahawa ini adalah tingkat keberhasilan yang sangat tinggi sekali. Orang yang berfikiran positif akan fokus pada fakta tingkat kesuksesan yang 99% daripada membimbangkan kemungkinan kurang sukses yang hanya 1%. Kami katakan apa adanya. Kerana sebagai manusia biasa, kami dan Anda hanya dapat berusaha. Kami katakan dengan secara jujurnya kepada Anda bahawa memang begitulah hukum alam. Dan faktanya memang di dunia ini tidak ada yang sempurna 100%. Namun bagi kami, tingkat keberhasilan produk dan layanan kami yang mencapai 99% merupakan prestasi yang luar biasa.

Ketika Anda memesan produk atau perkhidmatan spiritual dari Blog ini, maka Anda dinilai bersedia untuk bersikap bijaksana dalam menyikapi sebuah ikhtiar. Sebagaimana kita boleh menerima kaedah pengubatan medik terhadap pasien yang sakit. Meskipun telah dibekali ilmu kedoktoran dan alat medik paling canggih sekalipun, tidak satupun doktor di dunia ini yang boleh memastikan 100% bahawa pasien akan sembuh dengan ubat yang diformulakannya.

Kami sebagai konsultan spiritual pun demikian. Kami tentu saja akan berusaha sebaik mungkin dengan keilmuan dan pengalaman kami untuk membantu Anda. Dan layaknya doktor, kami pun bersikap profesional dengan mengatakan secara jujur dan tulus kepada Anda bahawa tidak mungkin kami mampu menjamin atau memastikan semuanya. Jaminan kami adalah bahawa kami selalu memberikan usaha terbaik kami untuk Anda. Oleh kerana itu, Anda setuju untuk bersikap bijaksana mengenai hasil dari produk atau perkhidmatan spiritual ini.

Keterangan dan manfaat produk atau perkhidmatan yang kami sebutkan di Blog ini berdasarkan penilaian pakar metafizik kami, berdasarkan prinsip ilmu-ilmu metafizik, berdasarkan keterangan para pemilik sebelumnya, berdasarkan keyakinan masyarakat pada umumnya, berdasarkan pengalaman kami, pengalaman rakan-rakan spiritualis lainnya, serta pengalaman para pengguna produk atau perkhidmatan sebelum Anda.

Kerana banyak faktor fizik, psikologi dan metafizik yang memainkan perana, maka reaksi manfaat dari produk atau perkhidmatan spiritual yang tersedia di Blog ini boleh berbeza pada setiap orang. Setiap orang biasanya akan mempunyai pengalaman yang berbeza-beza ketika menggunakan produk atau perkhidmatan spiritual yang tersedia di Blog ini, tergantung perjalanan hidup yang dialami masing-masing orang. Ertinya, tidak semua orang akan mendapatkan pengalaman yang sama, kerana setiap manusia adalah unik.

JAMINAN PRODUK SPIRITUAL ANUGERAH AGUNG
Kami memberikan jaminan terhadap bentuk fizik produk atau perkhidmatan spiritual yang Anda pesan. Kami menjamin bahawa Anda mendapatkan produk dan layanan sesuai dengan foto atau keterangan yang kami jelaskan di Blog ini.

Jaminan kami berlaku untuk fizik produk atau perkhidmatan spiritual yang kami sediakan. Kami tidak memberikan jaminan apapun terhadap manfaat spiritual atau kegunaan metafizik kerana spiritualiti dan metafizik tersebut tidak dapat dilihat secara fizik dan tidak dapat diperjual-belikan seperti barang yang nyata.

Kami menjamin produk yang Anda terima dalam keadaan baik, lengkap, tidak cacat dan tidak rosak atas sebab apapun.

Apabila bentuk, warna atau ukuran produk yang Anda terima tidak sesuai dengan yang ada di blog ini, maka Anda berhak meminta penggantian produk baru yang sesuai tanpa ada caj tambahan.Sekiranya kami ada membuat perubahan akan pihak kami maklumkan terlebih dahulu kepada Anda.!!!

Kami memberikan Jaminan terhadap pengiriman dengan cara mengirim dengan servis pengiriman pos yang terpercaya. Produk yang Anda pesan dijamin sampai ke tangan Anda. Kami menggunakan pengiriman cepat yang boleh di track &trace secara online. Apabila lebih dari 7 hari kerja, produk belum sampai di tangan Anda, harap informasikan kepada kami agar kami dapat menelusurinya ke pejabat pos. 

Apabila tidak ditemukan, maka kami akan kirim semula dengan service perkhidmatan pos lain yang lebih selamat untuk daerah Anda. Intinya, kami memberi Jaminan pesanan Anda pasti sampai di tangan Anda.

Ketentuan Pengembalian Produk Rosak
Sebelum mengirim produk atau pakej yang Anda pesan, kami selalu berusaha sebaik mungkin melakukan pemeriksaan untuk memastikan produk atau paket yang akan kami kirim kepada Anda dalam keadaan terbaik.

Apabila produk atau paket dari kami sampai ke tangan Anda dalam keadaan cacat, rosak atau tidak lengkap kerana kesalahan staff kami atau kerana rosak dalam proses pengiriman, maka Anda boleh mengembalikan produk atau pakej tersebut kepada kami, dan kami akan mengirim produk yang baru kepada Anda secepatnya.

Ketika Anda menerima produk, segeralah buka dan periksa. Apabila ada yang rosak atau tidak lengkap, segera laporkan kepada kami paling lambat adalah 3 hari sejak produk sampai di tangan Anda. Jika sudah lebih 3 hari, maka bukan menjadi tanggungjawab kami untuk mengganti produk tersebut.

Demikian ketentuan dan Jaminan pemesanan produk yang berlaku di Blog ini kami buat agar Anda faham dengan Jelas. Namun apabila Anda masih ragu untuk memesan produk atau perkhidmatan kami, janganlah memaksakan diri. Kami tidak pernah memaksa Anda untuk memesan produk kami meskipun kami yakin sepenuhnya bahawa manfaatnya sangat besar untuk kehidupan Anda. Kami menyediakan produk dan produk Spiritual Metafizik sebagai bentuk dedikasi kami terhadap ilmu metafizik yang kami mendalami selama bertahun-tahun. Tentu saja dengan harapan, hadirnya produk dan service dari kami ini dapat bermanfaat untuk orang ramai yang memerlukan.

Kami menjelaskan hal ini sedetail-detailnya agar Anda faham sepenuhnya bagaimana menyikapi transaksi pemesanan produk dan layanan metafizik dari Blog ini. Tujuannya adalah agar kedua belah pihak (penyedia produk dan pelanggan) mendapatkan kesepakatan. Mohon diperhatikan bahawa ketika Anda memesan produk atau konsultan apapun dari Blog ini, Anda dianggap sudah setuju dengan semua ketentuan dan Jaminan yang kami sebutkan di halaman ini.